Pages

Friday, April 26, 2013

Bertemu Kasih Mengikat Rindu-2


“Kamu sihat, Fariz?” soal seorang lelaki di hujung talian.
“Alhamdulillah… Riz sihat di sini. Ayah apa khabar?”
Fariz bertanya khabar ayahnya pula. Dia berdiri di sisi jendela merenung langit hitam yang dihiasi bintang-bintang yang berkerdipan. Pemandangan dari tingkat tiga bangunan kuarters pendidikan itu agak menggamit rindunya.
“Ayah sihat. Alhamdulillah… Err… kamu dah jumpa apa yang kamu cari?”
“Sudah, ayah. Terima kasih kerana bantu Fariz mencari alamat mama di KWSP.”
“Tak ada apa yang kamu patut berterima kasih pada ayah, Riz. Ayah memang patut bantu kamu. Maafkan ayah kerana selama ni memisahkan kamu dan mama kamu. Ayah bersalah kerana tak dapat memberikan keluarga yang sempurna kepada kamu.”
“Sudahlah, ayah. Semua ni bukannya salah ayah. Bukan kita minta benda ni jadi pada kita. Apapun, semuanya ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin kebahagiaan akan jadi milik kita suatu hari nanti. Mana tahu, kan?”
Saat itu terbayang wajah mamanya. Begitu juga wajah ayahnya, Encik Hafiz yang kini berada di Johor. Hmm…
“Terima kasih kerana memahami ayah. Oh, ya! Bagaimana dengan kamu? Bila tugas kamu akan selesai?” usul Encik Hafiz pula.
“Err… dalam dua minggu lagi selesailah. Kenapa ayah tanya?”
“Saja aje tanya. Err… dah habis nanti, kamu balik JB tak?”
“Hmm… balik kot. Tengoklah dulu macam mana. Kalau boleh Riz nak bawa mama ikut balik juga tapi… masanya belum tiba kot. Entahlah. Nanti Riz fikirkan balik.”
“Kamu buatlah apa yang kamu rasa patut. Ayah doakan semoga kau berjaya. Apapun, sampaikan salam ayah pada mama kamu kalau kamu jumpa dia nanti. Okeylah, ayah nak sambung buat kerja ni. Jaga diri. Kalau ada kesempatan, ayah akan ke sana untuk menyelesaikan hal kita sekeluarga,” beritahu Encik Hafiz.
“Baiklah. Kalau ada apa-apa nanti, bagitahulah.”
“Hmm… yalah. Assalamualaikum…”
“Waalaikumsalam warahmatullah…” balas Fariz sebelum dia menekan butang merah pada keypad handphonenya.
Fariz kembali menatap dada langit malam. Bintang-bintang yang bertaburan terasa begitu indah. Berseri malam yang kelam. Handphone kekal dalam genggaman.
“Jauh kau menung, Fariz.”
Ada satu suara menegur. Lelaki itu menoleh ke belakang. Terpandang wajah teman serumahnya, Azmi. Azmi juga seorang guru yang mengajar di sekolahnya dan masih bujang. Oleh kerana lelaki itu tinggal sendirian, Fariz diajak sekali tinggal bersamanya walaupun untuk sementara.
“Oh, abang Azmi!”
“Apa yang kau fikirkan? Teringatkan Puteri ke?” usik Azmi.
Fariz hanya tersenyum mendengarnya. Usikan Azmi tidak dibalas. Dia kembali merenung dada langit yang kelam. Puteri?! Kehadiran gadis itu dalam hidupnya begitu mencuit hati. Terbayang wajah Puteri di kotak fikirannya. Tiba-tiba rindunya hadir. Rindu pada senyuman dan suara lunak gadis itu.
“Berterus terang ajelah pada Puteri. Luahkan segalanya pada…”
“Tak…” Fariz memotong kata-kata Azmi.
“Saya takkan beritahu dia apa yang tersirat dalam hati saya ni,” sambung Fariz.
“Kenapa pulak? Biarlah dia tahu yang kau ni sebenarnya…”
“Masanya belum tiba lagi, bang. Saya tak nak ganggu dia, pelajaran dia. Saya takut perkara ini akan membebankan dia.” Sekali lagi Fariz mencelah.
“Habis tu, bila kau nak bagitahu dia?” duga Azmi.
“Nanti-nantilah. Lagipun banyak lagi masa.”
Kata-kata Fariz seakan memujuk. Malah lebih kepada memujuk diri sendiri.
“Suka hati kau lah. Kau hanya tinggal dua minggu aje lagi dekat sini. Jangan berputih mata sudahlah, kalau Puteri terlepas dari tangan,” ujar Azmi.
Fariz sekadar tersenyum. Wajah Puteri muncul kembali. Kali ini bersilih ganti dengan wajah ahli keluarganya. Perasaan rindu mula menerjah di hati.

No comments:

Post a Comment