Pages

Monday, April 29, 2013

Bertemu Kasih Mengikat Rindu-5 (akhir)


Tumpuan diberikan kepada tulisan di papan putih, di makmal kimia. Saat itu dia terkenang akan abang kandungnya, Fariz yang kini berada di Pulau Pinang, melanjutkan pelajarannya dalam bidang Farmasi. Dia begitu merindui lelaki itu.
Pesanan Fariz disimpan kemas di dalam ingatan. Paling menggembirakan ialah ayah dan mama yang terpisah lebih 15 tahun kini bersatu kembali.
Kedengaran suara Puan Airina mengarahkan para pelajarnya membuka buku teks. Tangan Puteri menyelak satu persatu helaian kertas m=namun mindanya masih teutumpu kepada keluarganya.
Tiada lagi berkemundang suara-suara sumbang Minah Radio dan pelajar-pelajar sekolah bercerita tentang gosip-gosip liar kini setelah kebenaran disebarkan.
Lamunan Puteri mati apabila suara guru kimianya semakin lantang, memulakan sesi pembelajaran. Aku mesti berjaya seperti abang! Tekad Puteri.
Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana member peluang kepada dirinya merasai kehidupan yang penuh kebahagiaan. Doanya agar segala yang dimiliki kekal miliknya hingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment