Pages

Sunday, April 19, 2009

DIA IBUKU- [selamat hari ibu]

assalamualaikum...
lama sudah tidak berkongsi karya... berkongsi cerita buat tatapan... untuk pengajaran... jamahan untuk menjadi manusia yang membesar penuh dengan didikan... perlu tahu apa itu erti menghormati dan nilai-nilai perasaan...
cerita ini digarap sempena Hari Ibu yang bakal disambut pada minggu ketiga setiap bulan Mei. cerita ini dah agak lama saya tulis... masa form 5 lagi... ini pun sebab atas urusan kerja sekolah yang diberikan kepada saya... tugas saya sebagai penulis hikayat. cerita ini bukan yang membawa saya ke kancah seni penulisan... ada cerita lain yang membawa jemari dan minda saya untuk meneruskan langkah yang telah diambil.
ibu... mama... emak... mummy... umi... mom... hanya dimiliki oleh seorang insan yang telah melahirkan kita... mungkin yang tidak melahirkan juga tapi kita dijaga dengan kasih sayang apabila di bahnya terpikul gelaran tersebut. saya harap cerita ini membuka mata, membuka hati, dan membuka perasaan kita... menghargai, menghayati, dan membayangkan jika kita berada di tempatnya... bukan senang menjadi nya... sebab itu ALLAH SWT meletakkan jawatan ibu itu tinggi di sisinya. Rasulullah s.a.w juga ada bersabda bila ditanya oleh seorang sahabat kepada siapakah kita perlu hormatkan dahulu. Rasulullah menjawab; ibu. bila ditanya untuk yang kedua, jawapannya; ibu dan untuk yang ketiga jawapannya; ibu. keempat barulah ayah. lihat... begitu tinggi pengiktirafan yang diberikan... maka, sayangilah ibu kita. syurga terletak di telapak kakinya. jika terguris hatinya, maka tak terciumlah kita bau syurga. setitis airmata yang mengalir dari tubir matanya kerana perbuatan kita akan menjauhkan kita dari kasih sayang Yang Esa.
selamat hari ibu, ibu.... kami, anak-anak amat menyayangi mu...

No comments:

Post a Comment