Tumpuan diberikan kepada tulisan di papan putih, di
makmal kimia. Saat itu dia terkenang akan abang kandungnya, Fariz yang kini
berada di Pulau Pinang, melanjutkan pelajarannya dalam bidang Farmasi. Dia
begitu merindui lelaki itu.
Pesanan Fariz disimpan kemas di dalam ingatan. Paling
menggembirakan ialah ayah dan mama yang terpisah lebih 15 tahun kini bersatu
kembali.
Kedengaran suara Puan Airina mengarahkan para pelajarnya
membuka buku teks. Tangan Puteri menyelak satu persatu helaian kertas m=namun
mindanya masih teutumpu kepada keluarganya.
Tiada lagi berkemundang suara-suara sumbang Minah Radio
dan pelajar-pelajar sekolah bercerita tentang gosip-gosip liar kini setelah
kebenaran disebarkan.
Lamunan Puteri mati apabila suara guru kimianya semakin
lantang, memulakan sesi pembelajaran. Aku mesti berjaya seperti abang! Tekad
Puteri.
Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana member peluang
kepada dirinya merasai kehidupan yang penuh kebahagiaan. Doanya agar segala
yang dimiliki kekal miliknya hingga ke akhir hayat.